s.w.e.n.d.e

Tuesday 30 July 2013

:) :) :) ;)






Bismillahirrahmanirrahim...pemula bicara...kisah hidupku ini ku abadikan dlm bentuk tulisan agar bisa menjadi penawar rinduku dan penawar buat insan2 yg terbaca atau ingin membaca tinta ini...sudah lama ku pendam...tak terluah dek kata2...tiada kata2 yg puitis yg bisa menterjemahkan dlmnya perasaan yg tersimpan di hati ini...tiada tulisan yg indah dan mempersona yg boleh mengalirkan sejuta rasa rindu dlm hati ini...hanya Allah al haq yg mengetahui apa yg sebenar benarnya yg terpendam dan tersimpan dlm relung permata hati ini...telah lama ingin ku luahkan...tetapi tidak terluah...telah lama ku simpan...ku simpan dlm pemberian berharga dari ilahi ini...hanya ku kongsi dgn ilahi pencipta aku dan dia...pencipta perasaan antara aku dan dia...pencipta rindu antara aku dan dia...pencipta rasa cinta antara aku dan dia...aku pernah dilanda cinta...rindu yg amat mendalam...yg mencengkam perasaan dan hati ini...amat mendalam rasanya...sedalam tujuh lautanMu yg terbentang luas...yg terhampar indah Di dunia ini...



dunia yg sementara...dunia tempat persinggahan sementara menuju kehidupan dan hayah yg abadi di syurga sana...perasaan dan cinta yg mendalam ini adalah cinta pertama kurniaan Allah buatku...cinta pandangan pertama...cinta pandangan pertama...cinta pertama yg pernah menyentuh hati ini setelah Allah dan Rasulullah...cinta ini menghanyutkan aku di dalam rindu bertahajjud dan bersujud kepada Rabb sekalian alam ini...Allah...namun cinta ini telah dilanda ujian dan cabaran daripada pencipta cinta ini...kerana dia yg memberi cinta dan dia berhak mengambilnya...dia memberi nyawa dan dia berhak mengambil nyawa ciptaannya dengan jemputan kematian...dia mengambilnya kerana dia hendak memberikan kehidupan yg abadi...kehidupan yg bahagia dan tiada lagi kematian selepas itu di syurga sana...dia mengambil cinta kerana dia hendak mengurniakan cintaNya yg agung dan membahagiakan setiap makhluk yg bernafas di bumi ini...siapalah aku yg hendak melawan takdirnya ini...siapalah aku...




Siapalah aku...aku hanya makhlukNya yg sudah ditentukan hidup mati jodoh pertemuan aku sejak usiaku 4 bulan dlm kandungan...tika itu aku tidak sempurna...aku hanya seketul daging...aku hanya seketul daging yg baru ditiupkan roh dan ditentukan hidup mati jodoh pertemuan aku...apapun ketentuanNya aku harus terima dengan redha...aku harus terima dgn hati dan tangan yg terbuka...aku harus ikhlas...aku harus ikhlas...aku harus ikhlas...meskipun cengkaman sakitnya menyengat hingga ke urat2 halus hatiku...menyengat relung hatiku ini...meskipun menyentap semangatku...meskipun mematahkan semangatku untuk bangun...bangun menggagahkan diri untuk sujud...sujud kepada pencipta sekalian alam ini...namun aku harus kuat...aku harus gagahkan perasaan dan hati ini untuk membina semangatku yg baru...membina diriku yg baru...membina kekuatan yg baru...menyemai cinta yg baru buat pemilik cinta ini...buat pencipta cinta ini...buat penyemai cinta ini...rabbul izzati...Allah...yg tidak pernah sepi cintanya




Menyapa hati ini...menyapa qalbu ini...



Semoga Allah redha

Semoga Allah cinta
Semoga Allah sayang
Semoga Allah rindu
Semoga Allah kasih


HambaMu yg mengharap redhaMu dalam setiap detik hembusan nafasku...



3.08 a.m

22 july 2013



Akak...tulisan ni iffah abadikan buat akak...harap akak sudi baca...Akak...maafkan iffah...haritu iffah sakit kepala sgt2...sakit kepala yg mcm nak pecah kepala iffah...

Blog ini sebenarnya iffah abadikan buat first love iffah...cinta pertama yg pernah menyapa hati iffah dulu...bila iffah rindu sgt sgt sgt...iffah tulis kat blog ni...







Sharing is caring ^_^

Tuesday 2 July 2013

Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyatina Qurrata A'yun Wa Ja'alna Lilmuttaqina Imama






Perkara yang baik harus kita teladani~
Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...

Credit to Photoline Creative Studio
Sharing is caring ^_^

Tuesday 18 June 2013

Bagaimana untuk mencintai

Ya Allah kenapa kau uji aku, kenapa ya Allah, Aku lemah dgn ujianMu ini, Aku buntu ya Allah, Perasaanku terseksa Ya Allah, macamana Aku nak mencintai dia Ya Allah, hati aku ragu ragu lagi, kurangkan bebanku ini Ya Allah, Aku tiada kepastian yang benar2 pasti, Aku tiada keteguhan yang benar2 teguh, Aku tiada kekuatan yang benar2 kuat, Ya Allah, permudahkanlah :'(
Sharing is caring ^_^

KOPIRAIT oleh SWENDEHOTCHOLOLATE