Thursday 9 August 2012

❤Lailatul Qadr???❤





Semua pasti tahu apa malam Lailatul Qadar itu dan mengetahui keutamaan malam Lailatul Qadr? Malam Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan, dimana Alquran diturunkan pada malam Lailatul Qadr dan pada malam tersebut, malaikat Jibril dan para malaikat-malaikat turun untuk mengatur segala urusannya dengan izin Allah SWT.Malam ini sejahtera sehingga terbit fajar. Lalu bila malam Lailatul Qadar itu?Dan apa tanda-tanda datangnya malam Lailatul Qadar?


Malam Al-Qadr adalah malam yang istimewa, berdasarkan firman ALLAH Ta'ala, ertinya:



"Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul Qadr lebih baik dari seribu bulan." (Surah Al Qadr: 1-3)




Tanda-tanda malam Lailatul Qadar akan Datang



1.Udara dan angin sekitar terasa tenang, malam penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.

2.Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia juga merasakan ketenangan dalam beribadah yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.

3.Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebahagian sahabat.

4.Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan cerah tidak ada sinar.


5.Ada orang yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar, mereka melihat nur yang terang benderang di seluruh tempat yang gelap gelita.





Di Malam Mana Berlakunya Lailatul Qadar?


Ada beberapa pendapat dari ulama dalam menentukan malam yang mulai mulia ini.


Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, dan ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.


Tetapi kebanyakan menyatakan jatuhnya Malam al-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.


Diriwayatkan oleh Ahmad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu 'anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu 'alaihui wasallam: "Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!"


Namun,dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah.Hendaklah berterusan ibadah kepada ALLAH setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan. 



Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr



Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu 'alaihu wasallam bersabda: "Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keredhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu." 


Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu 'anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Tirmidzi yang menyatakan sahnya, katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah harus saya ucapkan ketika itu?" Maka ujar Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam: "Katakanlah: 



"Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini."






Mudah-mudahan kita semua memperolehi TAQWA, amin...





Ya Allah!

mari menjadi hamba n semoga Allah redha



CEREDIT TO TUTORIAL.BLOGSPOT
n also CEREDIT TO MUZIR.WORDPRESS









Sharing is caring ^_^

KOPIRAIT oleh SWENDEHOTCHOLOLATE